IKLAN JAWATAN KOSONG.

JAWATAN KOSONG

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI). Memaklumkan bahawa terdapat dua kekosongan jawatan sebagai guru tahfiz. Dan kekosongan jawatan diperlukan untuk diisi segera.


Jawatan: GURU TAHFIZ (Lelaki)
Kelulusan: Syahadah Tahfiz atau Diploma Tahfiz atau yang setaraf dengannya.


Bagi yang berminat dan berkelayakan. Sila hubungi Mudir MATQI - Ustaz Sapidin Amran. 012 - 2776404



Terdapat 1 kekosongan jawatan sebagai kerani.
1 - Jawatan kosong (1 - untuk wanita sahaja)
2 - Berkemahiran menggunakan Excel, Word, Photoshop dan lain - lain.
3 - Mengetahui asas perakaunan.



Pihak MATQI memerlukan seorang pembantu kedai dikilang roti milik MATQI.

1 - Jawatan kosong: 1 (wanita berusia 30 tahun dan keatas).
2 - Keutamaan diberikan kepada individu yang menetap di Shah Alam. Kedai kami beroperasi di Seksyen 23, Shah Alam.

SUMBANGAN. DERMA. INFAK. ZAKAT

Bagi Tuan - tuan dan Puan - puan yang berhajat untuk membuat sumbangan terus ke dalam AKAUN MAAHAD. Nombor akaun MAAHAD ialah. Akaun Maybank - 562272901703 Untuk sebarang urusan atau pertanyaan, sila emel ke alamat - 1 - matqi3@gmail.com atau 2 - sapidin.amran@gmail.com

Tuesday, February 2, 2010

AL QURAN BERGERAK


Bertepatan dengan namanya - MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL IMAMAH (MATQI). Maka setiap penuntutnya bukan sahaja diajar menguasai Al Quran. Tetapi mereka juga diajar untuk menjadi pemimpin ummah.


Bukan sekadar boleh dan berupaya membaca Al Quran, berdoa, bertahlil, malahan boleh menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang kehidupan. Disamping menjadi contoh pemimpin yang BERAKHLAK dan BERJIWA BESAR. Yang sentiasa mengajak manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Dan sentiasa menjiwai Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


InsyaAllah MATQI akan menjadi pusat pengeluaran pemimpin yang berilmu dan berakhlak yang bertepatan dengan syariat Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment