IKLAN JAWATAN KOSONG.

JAWATAN KOSONG

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI). Memaklumkan bahawa terdapat dua kekosongan jawatan sebagai guru tahfiz. Dan kekosongan jawatan diperlukan untuk diisi segera.


Jawatan: GURU TAHFIZ (Lelaki)
Kelulusan: Syahadah Tahfiz atau Diploma Tahfiz atau yang setaraf dengannya.


Bagi yang berminat dan berkelayakan. Sila hubungi Mudir MATQI - Ustaz Sapidin Amran. 012 - 2776404



Terdapat 1 kekosongan jawatan sebagai kerani.
1 - Jawatan kosong (1 - untuk wanita sahaja)
2 - Berkemahiran menggunakan Excel, Word, Photoshop dan lain - lain.
3 - Mengetahui asas perakaunan.



Pihak MATQI memerlukan seorang pembantu kedai dikilang roti milik MATQI.

1 - Jawatan kosong: 1 (wanita berusia 30 tahun dan keatas).
2 - Keutamaan diberikan kepada individu yang menetap di Shah Alam. Kedai kami beroperasi di Seksyen 23, Shah Alam.

SUMBANGAN. DERMA. INFAK. ZAKAT

Bagi Tuan - tuan dan Puan - puan yang berhajat untuk membuat sumbangan terus ke dalam AKAUN MAAHAD. Nombor akaun MAAHAD ialah. Akaun Maybank - 562272901703 Untuk sebarang urusan atau pertanyaan, sila emel ke alamat - 1 - matqi3@gmail.com atau 2 - sapidin.amran@gmail.com

Monday, March 1, 2010

Surau Bandar Baru Klang. Sumbangan derma.


Alhamdulillah. Pada 27 hb Februari yang lalu. Bersempena dengan program Maulidur Rasul, Surau Bandar Baru Klang, telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan bantuan kewangan kepada Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah - MATIQI.


Saudara Mohamad Feroz, selaku pembantu peribadi kepada Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, Mudir MATQI telah diberikan tanggungjawab untuk menerima sumbangan bagi pihak MATQI.



# YB Tuan Haji Yaakop Sapari, sedang memberikan ucapan ringkas.


Majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Yaakob Sapari, yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Telah dimeriahkan dengan alunan nasyid dan kompang oleh kanak - kanak sekitar surau.


# Acara nasyid dan kompang oleh kanak - kanak ahli kariah Surau Bandar Baru Klang.


Bagi pihak MATQI. Kami merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada Tuan Multaza selaku Nazir dan seluruh jawatankuasa pengurusan surau atau sumbangan dana tersebut. Semoga amalan yang baik akan berterusan dan ganjarannya akan diberikan balasan oleh Allah S.W.T. AMIN.


Saturday, February 27, 2010

Wawancara - Apa Khabar Selangor ? TV Selangor


# Kelihatan didalam set penerbitan TV Selangor. Dari kiri - Saudara Muhammad Fakhrurrazi Bin Mohamad Feroz (Penuntut tahun dua MATQI), Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim, Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran (Mudir MATQI) dan pengacara dan juga moderator rancangan.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah - MATQI. Merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada pihak TV Selangor. Kerana memberikan peluang keemasan kepada MATQI untuk menyampaikan seruan dakwah disamping memberikan kesempatan untuk pihak pentadbir MATQI membuat rayuan bagi membangunkan MATQI.


Bertempat di sebuah bangunan perniagaan. Tiga orang dari MATQI telah diberikan peluang dan kesempatan untuk menjadi tetamu dalam program bual bicara - Apa Khabar Selangor? Terbitan TV Selangor.


Mereka yang diberikan kesempatan itu ialah - Mudir MATQI, iaitu Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, Pentadbir dan Ahli Lembaga Pengarah MATQI, iaitu Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim Suradi dan salah seorang penuntut MATQI, iaitu Saudara Muhammad Fakhrurrazi Bin Mohamad Feroz.


Wawancara yang diadakan akan disiarkan dalam rancangan - Apa Khabar Selangor ? Terbitan TV Selangor.

Surau Abu Othman Ali Bashah, Bukit Beruntung, Selangor.

Sekali lagi sejarah tercipta. Dua orang pemimpin Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah - MATQI, telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan ceramah dipentas yang sama.



# Kelihatan didalam gambar. Tuan Mudir MATQI, Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran (kanan sekali), Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim (tengah) dan Tuan Pengerusi majlis.



Bertempat di Surau Abu Othman Ali Bashah, Bukit Beruntung, Selangor. Telah berlangsung majlis sambutan Maulidur Rasul. Mudir MATQI iaitu Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran dan Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim, selaku Ahli Lembaga Pengarah MATQI telah diberikan kesempatan untuk berceramah bersama.


Syukur, Alhamdulillah. Sambutan yang diberikan begitu memberangsangkan. Apatah lagi dengan kehadiran penduduk setempat yang memenuhi kawasan surau. Program sambutan Maulidur Rasul yang dijalankan oleh pihak surau harus diberikan pujian.



# Suasana diluar surau. Kelihatan penduduk bersama ahli keluarga datang untuk memeriahkan dan mengimarahkan surau.


Suasana begitu damai dan ceria. Memberikan semangat kepada kedua - dua orang penceramah untuk menyampaikan dakwah dan kefahaman Islam kepada penduduk sekitar.


Diruangan ini. Pihak MATQI ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan surau atas jemputan, sambutan dan kerjasama yang diberikan.



#Gambar foto. Sebahagian ahli jawatankuasa sambutan majlis.

Tuesday, February 23, 2010

BANGUNAN TAHFIZ - MATQI


Pandangan hadapan bangunan MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL IMAMAH - MATQI.


Sebuah tempat berkumpulnya para pelajar yang ingin mendalami ilmu agama, khususnya untuk menjadi seorang yang berjaya menghafaz AL QURAN.


Disamping sebagai tempat untuk mendidik tunas - tunas muda menjadi PEMIMPIN UMMAH.


Bangunan ini adalah bangunan sementara, sebelum sebuah kompleks TAHFIZ AL QURAN yang lengkap dibina untuk kemudahan para pelajar yang dijangka akan bertambah dari setahun ke setahun.


Oleh yang demikian. Kepada seluruh kaum muslimin yang berhasrat untuk menyampaikan apa sahaja sumbangan berbentuk kewangan, harta benda untuk disedekahkan, infak dan sebagainya. Kaum muslimin boleh berbuat demikian dengan merujuk kepada maklumat yang tertera diatas.

Tuesday, February 16, 2010

Sumber pendapatan.


Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah - (MATQI). Berusaha mencari dana dalam pelbagai bentuk. Dan, antara sumber pendapatan MATQI ialah dengan menjual produk muslim, yang berkonsepkan HALALAN TOYYIBAH.


Dua produk utama MATQI ialah ROTI dan AIR PENAWAR. Dengan membawa kepasaran tempatan, roti yang diberikan nama - ROTI TAHFEEZ. Kini semakin mendapat perhatian umat Islam. ROTI TAHFEEZ, diadun dan diproses serta dibungkus oleh pekerja MATQI.


Kedua - dua produk utama MATQI boleh diperolehi melalui tenaga utama MATQI yang berceramah dimerata tempat. Mereka ialah - Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, selaku Mudir MATQI, Al Ustaz Azrul Hakim Suradi dan Ustaz Syamsuda.


Bagi kaum muslimin yang berhajat untuk mendapatkan bekalan roti dalam kuantiti yang besar. Maka anda boleh menghubungi ketiga - tiga nama diatas. Ataupun mengirimkan emel ke alamat seperti yang tertera diatas.

Friday, February 12, 2010

JAWATAN KOSONG.

MAKLUMAN. DIPERLUKAN SEGERA.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI). Memaklumkan bahawa terdapat dua kekosongan jawatan sebagai guru tahfiz.


Jawatan: GURU TAHFIZ (Lelaki)
Kelulusan: Syahadah Tahfiz atau Diploma Tahfiz atau yang setaraf dengannya.


Bagi yang berminat dan berkelayakan. Sila hubungi Mudir MATQI - Ustaz Sapidin Amran. 012 - 2776404

Tuesday, February 2, 2010

AL QURAN BERGERAK


Bertepatan dengan namanya - MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL IMAMAH (MATQI). Maka setiap penuntutnya bukan sahaja diajar menguasai Al Quran. Tetapi mereka juga diajar untuk menjadi pemimpin ummah.


Bukan sekadar boleh dan berupaya membaca Al Quran, berdoa, bertahlil, malahan boleh menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang kehidupan. Disamping menjadi contoh pemimpin yang BERAKHLAK dan BERJIWA BESAR. Yang sentiasa mengajak manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Dan sentiasa menjiwai Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


InsyaAllah MATQI akan menjadi pusat pengeluaran pemimpin yang berilmu dan berakhlak yang bertepatan dengan syariat Islam yang sebenar.