IKLAN JAWATAN KOSONG.

JAWATAN KOSONG

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI). Memaklumkan bahawa terdapat dua kekosongan jawatan sebagai guru tahfiz. Dan kekosongan jawatan diperlukan untuk diisi segera.


Jawatan: GURU TAHFIZ (Lelaki)
Kelulusan: Syahadah Tahfiz atau Diploma Tahfiz atau yang setaraf dengannya.


Bagi yang berminat dan berkelayakan. Sila hubungi Mudir MATQI - Ustaz Sapidin Amran. 012 - 2776404



Terdapat 1 kekosongan jawatan sebagai kerani.
1 - Jawatan kosong (1 - untuk wanita sahaja)
2 - Berkemahiran menggunakan Excel, Word, Photoshop dan lain - lain.
3 - Mengetahui asas perakaunan.



Pihak MATQI memerlukan seorang pembantu kedai dikilang roti milik MATQI.

1 - Jawatan kosong: 1 (wanita berusia 30 tahun dan keatas).
2 - Keutamaan diberikan kepada individu yang menetap di Shah Alam. Kedai kami beroperasi di Seksyen 23, Shah Alam.

SUMBANGAN. DERMA. INFAK. ZAKAT

Bagi Tuan - tuan dan Puan - puan yang berhajat untuk membuat sumbangan terus ke dalam AKAUN MAAHAD. Nombor akaun MAAHAD ialah. Akaun Maybank - 562272901703 Untuk sebarang urusan atau pertanyaan, sila emel ke alamat - 1 - matqi3@gmail.com atau 2 - sapidin.amran@gmail.com

Sunday, January 31, 2010

ROTI TAHFEEZ

Ucapan syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T, atas limpah kurnia NYA. Sehingga kini, setelah 2 tahun pihak MATQI berusaha menghasilkan dan mengedar produk roti buatan sendiri. Kini, produk roti kami telah mula dikenali ramai.




ROTI TAHFEEZ. Itulah nama roti kami yang dihasilkan sendiri. Itulah produk yang kami mampu usahakan sebagai sumber pendapatan utama Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI).


Setakat ini, kami telah berusaha mempelbagaikan bentuk dan citarasa roti mengikut kehendak pasaran. Dan Alhamdulillah, dari kajian dan pemantauan kami didapati terdapat 3 jenis roti yang menjadi kegemaran dan sebutan ramai iaitu:


1 - ROTI PANDAN BERKISMIS.

2 - ROTI BERPERISA KEJU (Cheese)

3 - ROTI BERINTI KACANG.

Buat penggemar roti yang tinggal di sekitar Shah Alam. Anda boleh mendapatkan bekalan roti kami - ROTI TAHFEEZ, di Seksyen 23, Shah Alam. Dimana, kilang membuat roti kami terletak dibahagian bawah (Ground Floor), dibangunan yang sama dengan pusat Tahfiz - MATQI.


Buat makluman kepada semua pengunjung blog ini. Anda boleh mendapatkan ROTI TAHFEEZ ini dalam setiap program yang dihadiri oleh Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran atau Ustaz Azrul Hakim.


TERIMA KASIH atas SOKONGAN yang telah diberikan dalam usaha untuk menjana ekonomi ummah.

Friday, January 29, 2010

SUMBANGAN TERUS KE AKAUN MATQI

Syukur Alhamdulillah. Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI), menerima pelbagai pertanyaan bagaimana untuk menghulurkan sumbangan bagi pembangunan MATQI. Diruangan dan kesempatan ini, kami berikan nombor akaun Maybank, bagi kaum muslimin yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan secara terus melalui akaun pihak MATQI.


Bagi Tuan - tuan dan Puan - puan yang berhajat untuk membuat sumbangan terus ke dalam AKAUN MAAHAD. Nombor akaun MAAHAD ialah.



Akaun Maybank - 562272901703


Untuk sebarang urusan atau pertanyaan, sila emel ke alamat -



TERIMA KASIH atas segala sumbangan dari anda.

Wednesday, January 27, 2010

Lawatan Ke Kilang GARDENIA


Baru - baru ini, pihak MATQI telah membawa para pelajar tahfiz mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang membuat roti yang terkenal iaitu - GARDENIA.





Para pelajar telah didedahkan dengan cara - cara membuat roti serta sejarah dan perjalanan kilang - kilang GARDENIA seluruh negara dalam sessi taklimat yang diadakan.


Pendedahan yang diterima oleh pelajar membuatkan mereka begitu teruja dengan teknik pembuatan roti yang menggunakan teknologi industri terkini yang serba canggih.

"Selama ini kita hanya tahu makan roti ... tetapi hari ini kita tahu bagaimana roti dibuat dari mula hingga kepada proses penghantaran." Begitulah komen salah seorang peserta.

Dikesempatan ini pihak MATQI merakamkan ucapan TERIMA KASIH atas layanan mesra dan segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan GARDENIA.













Tuesday, January 26, 2010

Ke YAMAN.

Semalam, 26 hb Januari. Tiga orang tenaga penggerak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI), iaitu Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim Suradi, Tuan Haji Alias Mat Deros dan Ustaz Shamsuda Mat Yusoff telah berangkat ke negara Yaman. Pemergian mereka bagi menguruskan segala hal ehwal pengurusan MATQI.


Dan mereka bertanggungjawab untuk memulakan proses bagi urusan lanjutan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di negara Yaman.





# Bergambar kenangan di Lapangan Terbang KLIA, sebelum berangkat ke Yaman. Bergambar dari kiri - Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim Suradi, Tuan Haji Alias Mat Deros, Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran (MUDIR MATQI), dan Ustaz Shamsuda Mat Yusoff.





# Masih berbincang tentang pelbagai perkara.






# Mudir MATQI - Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, masih sempat memberikan sedikit tazkirah sebelum petugas MATQI berlepas.

Monday, January 25, 2010

Pekerja Kilang Roti.

Pihak Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI). Memerlukan seorang pekerja wanita, bagi memenuhi kekosongan jawatan sebagai pembantu urus di kilang membuat roti milik MATQI.


Jawatan pembantu kilang roti.
Wanita. Berusia 40 - 50 tahun.
# Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang menetap di Shah Alam.
Sila berhubung dengan Ustaz Sapidin Amran di talian - 012 2776404

Pembelian perabut almari.

Alhamdulillah. Hasil sumbangan para muslimin. Samada berupa sumbangan derma peribadi, infak, zakat dan pelbagai lagi, maka pihak Tahfiz telah membuat pembelian sebanyak 40 unit almari bagi kegunaan pelajar Tahfiz.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah mengucapkan TERIMA KASIH dan Jazakallah hu khairan kepada seluruh para muslimin yang telah memberikan sumbangan bagi memajukan tahfiz.
















Wednesday, January 6, 2010

SESSI KEMASUKAN PELAJAR BARU (MATQI)

Sessi taklimat.


Pada 4hb Januari yang lalu, telah berlangsung sessi taklimat oleh pihak Pentadbir Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI).



Sessi ini dijalankan bersempena dengan kemasukan pelajar- pelajar baru. Dan majlis ramah mesra antara para pelajar, ibubapa dan pihak MATQI.



# Gambar foto menunjukkan Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah (MATQI), iaitu Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, sedang memberikan taklimat khas kepada para ibubapa.



Pelbagai persoalan telah dilontarkan oleh para ibubapa pelajar kepada pihak pentadbir MATQI. Alhamdulillah, para ibubapa telah mendapat penerangan yang jelas berhubung dengan perkembangan dan perjalanan serta hala tuju, misi dan visi MATQI.



Doakanlah kejayaan buat para pelajar ini. Kerana mereka adalah pemimpin masa depan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara. AMIN.