# Kelihatan didalam set penerbitan TV Selangor. Dari kiri - Saudara Muhammad Fakhrurrazi Bin Mohamad Feroz (Penuntut tahun dua MATQI), Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim, Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran (Mudir MATQI) dan pengacara dan juga moderator rancangan.
Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah - MATQI. Merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada pihak TV Selangor. Kerana memberikan peluang keemasan kepada MATQI untuk menyampaikan seruan dakwah disamping memberikan kesempatan untuk pihak pentadbir MATQI membuat rayuan bagi membangunkan MATQI.
Bertempat di sebuah bangunan perniagaan. Tiga orang dari MATQI telah diberikan peluang dan kesempatan untuk menjadi tetamu dalam program bual bicara - Apa Khabar Selangor? Terbitan TV Selangor.
Mereka yang diberikan kesempatan itu ialah - Mudir MATQI, iaitu Al Fadhil Ustaz Sapidin Amran, Pentadbir dan Ahli Lembaga Pengarah MATQI, iaitu Al Fadhil Ustaz Azrul Hakim Suradi dan salah seorang penuntut MATQI, iaitu Saudara Muhammad Fakhrurrazi Bin Mohamad Feroz.
Wawancara yang diadakan akan disiarkan dalam rancangan - Apa Khabar Selangor ? Terbitan TV Selangor.